Inovasi dalam Menumbuhkan Mahabbah Muslim Milenial Terhadap Bahasa Arab

Abstract

Dalam era perkembangan revolusi industri (IR) 4.0, Bahasa merupakan salah satu elemen yang di lihat penting dalam menghadapi cabaran revolusi ini. Bahasa Arab merupakan bahasa yang diperlukan selain bahasa asing yang lain dalam merealisasi IR 4.0 yang semakin mencabar. Strategi pengajaran dalam pembelajaran bahasa Arab sebagai bahasa kedua amat penting bagi memastikan pembelajaran tersebut lebih bermakna dan dapat dikuasai dengan baik oleh pelajar. Strategi pengajaran yang pelbagai membantu pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan tidak membosankan pelajar. Kesediaan guru dari berbagai aspek terutama dalam teknologi ICT memberi peranan penting dalam menjalankan strategi pengajaran di samping memupuk minat murid terhadap bahasa Arab. Untuk proses ini, guru perlu memberikan motivasi dan menggalakkan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktivitas berpusat kepada murid sepanjang pengajaran dan pembelajaran. Strategi pengajaran berasaskan teknologi ini perlu digarap dengan baik dan digembleng dengan bersistematik dalam pengajaran dan pembelajaran. Strategi ini juga memberi impak pada diri pelajar bahwa keperluan dan kepentingan teknologi dalam mempelajari bahasa Arab bukan sahaja dalam pembelajaran serta kehidupan tetapi dalam keperluan menghadapi revolusi perindustrian 4.0.

Published
2021-12-15